Puan Zulaikha Ali

Puan Zulaikha Ali merupakan anak sulung dari 6 beradik yang berasal dari Selangor. Sekarang menetap di Muar dan inshaAllah bakal berpindah semula ke negeri kelahirannya. Seorang isteri, dan seorang ibu ceria kepada 3 orang anak lelaki yang hebat, dan salah seorang anak beliau pernah menghidap masalah jantung berlubang.

Beliau memilih untuk melepaskan kerjaya dan menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan dari rumah kerana mahukan kebebasan masa. Bebas memilih masa bersama keluarga, bebas memilih apa yang beliau mahu lakukan tanpa terikat dengan kebenaran sesiapa.



Mengimbau kisah anak beliau yang mengidap jantung berlubang satu ketika dulu, anak keduanya disahkan menghidap jantung berlubang sebaik sahaja dilahirkan. Siapa yang tak sedih bila anak sakit..namun waktu ini, yang paling beliau syukuri adalah bila sudah pun berjawatan WAHM (work at home mom). Maka beliau boleh memberikan sepenuh perhatian pada anak, dalam masa yang sama menguruskan perniagaannya.

Bayangkan, setiap bulan anak dimasukkan ke wad. Tubuh sekecil itu sudahpun menjalani 2 kali pembedahan. Berulang alik dari Muar- Johor Bahru - IJN untuk pemeriksaan kesihatan anak. Semua itu amat berat untuk ditanggung, walaupun bagi beliau, ramai lagi diuji berganda2 jauh lebih hebat.

Sekali lagi menurut Puan Zulaikha, beliau bersyukur kerana Allah memberikan ketahanan badan dan emosi yang kuat untuk menghadapi segala dugaan. Beliau seorang yang sangat menjaga pemakanan dan dilengkapi dengan pengambilan vitamin Shaklee.

Apa yang menjadikannya lebih merendah hati, sepanjang perjalanan anak diuji inilah rezeki mencurah-curah. Walaupun sibuk dengan anak, namun urusan perniagaan tetap dilakukan dengan sempurna.

Bukan perkara yang mudah bagi beliau untuk mengurus perniagaan, dalam masa yang sama uruskan rumahtangga. Namun dengan teknik PASKAL dan beberapa teknik rahsia lain semuanya dapat diatasi dengan lancar.

Antara pencapaian terbesar beliau adalah apabila dapat membantu ahli pasukannya mencapai pendapatan 4 angka sebulan.. Seronok dan puashati dapat membantu insan lain capai impian mereka.


Ketika ditanya tentang sumber inspirasi, Puan Zulaikha meluahkan, antara yang paling banyak menginspirasikan saya adalah mentor beliau sendiri. Kecekalan, kepimpinan, tauladan dan sifat rendah diri mentor beliau beri inspirasi untuknya melakukan yang lebih baik dari hari ke hari.

Akhir sekali, pesanan beliau kepada semua wanita di luar sana, walaupun hari ini kita merasa kehidupan kita stabil, kewangan kita kukuh namun tiada apa yang boleh menjaminnya. Bak kata pepatah, prepared for the worst, and hope for the best.

Seorang wanita mesti ada sumber incomenya sendiri, dan seronoknya bila kita ada satu bisnes yang boleh diwariskan kepada anak2 kita nanti.

Alangkah indahnya juga bila kita bukan saja memberi kesempurnaan hidup untuk anak2 kita, namun kita juga boleh membantu seramai yang mungkin diluar sana yang memerlukan.

Hidup untuk memberi manfaat.

No comments:

Post a Comment