Tidak melampau untuk saya katakan, tekanan yang saya hadapi setelah saya berhenti kerja sangat teruk sampai rasa nak terjun bangunan. Macam-macam benda lah. Mungkin sunyi, mungkin takut, mungkin banyak mungkinnya.
Akhirnya saya ambil masa untuk bertenang dan berfikir. Mungkin saya perlu beri masa kepada diri sendiri untuk menyesuaikan diri. Saya sedar, saya bukan superwoman. Saya perlukan sokongan yang luar dari kebiasaan. Suami yang menjadi tempat mengadu azali pun tak dapat nak memenuhi kehendak emosi stress saya ni.
Saya mula merubah rutin. Saya cari kawan baru di kalangan mereka yang sekapal dengan saya. Bukan saja rakan-rakan di Malaysia, malah dari seluruh dunia. Saya mengumpul segala kekuatan yang ada untuk bina diri saya semula. Saya sudah tidak boleh bertapa dengan lebih lama. Saya mesti keluar dari segala kekalutan ini.
Takdir menemukan saya dengan seseorang bernama Molly dari Australia. Rupa-rupanya Molly berkongsi kisah yang sama dengan saya. Molly pernah mengalami episod tekanan emosi sehingga menyebabkan dirinya hampir-hampir depresi. Selama 2 tahun beliau berkurung dalam rumah dan tidak mahu keluar. Bayangkan Molly yang ceria tiba-tiba menjadi seorang yang berbeza. Semakin hari beliau semakin tertekan.
Namun begitu, menurut Molly, akhirnya beliau faham bahawa keadaan itu adalah persediaan untuknya menjadi lebih hebat dari sebelumnya. Umpama beluncas yang berubah menjadi kepompong yang senyap untuk beberapa ketika sebelum bertukar menjadi rama-rama. Perkongsiannya membuat saya berfikir. Teringat tentang surah Al-Insyirah yang saya baca saban waktu, “Sesungguhnya bersama kesukaran itu kemudahan”. Detik-detik sukar ini pastinya tidak sia-sia.
Lalu saya mengambil kisah Molly sebagai pesanan yang sangat indah kepada diri sendiri. Mungkin inilah jawapan dari Allah kepada doa-doa saya selama ini. Saya mohon agar Allah ajari saya tentang kehidupan daripada apa yang saya lihat, saya dengar, saya alami, saya rasa... Dan saya faham kini, untuk menjadi lebih baik, saya harus melepasi fasa-fasa yang tidak selesa dan tidak disukai dulu... inna ma’al usri yusro.

No comments:
Post a Comment