Mengatur Semula Fokus


Saya mencari lingkungan baru, yang mana terdiri dari golongan yang proaktif dan produktif. Allahu, sangat banyak rupanya di luar sana. Salah satu kumpulan yang saya sertai, adalah kumpulan penulis dari India. Dalam kumpulan ini, ada seorang pelajar berusia 21 tahun yang sudah pun menghasilkan 3 buah buku! Bagaimana lah saya nak kayuh perlahan-lahan lagi.

Apabila kita berada di kalangan mereka yang mendorong kita sama ada secara langsung, atau tidak langsung, ia sebenarnya membuatkan kita rasa ‘tak selesa’. Bagaimana nak rasa selesa bila kawan-kawan lagi setiap hari berkongsi mereka menghasilkan sesuatu. Oleh itu amatlah penting mencari lingkungan yang baik ini. Sifat lingkungan ni yang akan menjangkiti kita.

Setelah itu, walaupun kehidupan saya bertambah sibuk, ia menjadi semakin teratur. Walaupun bekerja tanpa henti umpama nodding donkey di kawasan penggalian minyak, namun itulah harga yang harus dibayar. Demi impian saya, saya sanggup bayar dengan apa saja. Yang penting, saya tak stress lagi!

Dalam hal ini, kita mesti jujur dengan diri sendiri. Usah minta yang lebih dari usaha kita. Kalau usaha tak seberapa, jangan lah minta lebih-lebih. Dan bila kita bekerja sendiri ni, kita lah tuan, kitalah kuli. Sebagai tuan, kita pasti mahu kuli kita bekerja dengan bersungguh-sungguh. Dan sebagai kuli, itulah kerja kita, bersungguh-sungguh.

Apabila kita fokus dengan kerja-kerja wajib ni, sebenarnya tak perlukan masa yang lama pun. Ia bukan tentang kuantiti, tapi kualiti. Satu jam sehari sudah cukup. yang penting kita fokus dan tidak campur aduk dengan urusan lain.

No comments:

Post a Comment