Puan Azra Nursyahiza lebih dikenali sebgai Ija Ramli, merupakan founder Jayzra.com dan tim leader Jayzra Family yang berasal dari Selangor. Beliau mempunyai 4 orang anak perempuan dan sebelum ini pernah bekerja dalam bidang kesihatan (Nurse IJN dan Pengajar Nurse) sebelum menjadi surirumah bergaji yang terlibat dengan bisnes.
Beliau sorang yang sangat suka mengajar dan berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajarnya di kolej kejururawatan. Namun keinginan menjaga sendiri anak buatkan beliau sanggup korbankan kerjaya. Dengan izin suami, akhirnya beliau bersara awal dan menjadi suri rumah sepenuh masa.
Selama setahun beliau memegang title surirumah sepenuh masa tanpa membuat apa-apa. Pada mulanya beliau mahu menikmati kehidupan surirumah sepenuh masa, namun rupa-rupanya sebagai seorang yang pernah bekerja, beliau merasakan sangat tidak produktif tanpa buat apa2 kerja lain selain kerja hakiki surirumah.
Beliau yang mempunyai banyak impian, dan mahu berbakti kepada masyarakat, tambahan pula hidup di ibu kota yang menuntut kos yang tinggi. Komitmen bulanan yang tinggi membuatkan beliau tak sampai hati melihat suami sorang sahaja yang bertungkus lumus mencari rezeki.
Sejak itu, beliau juga sudah tidak dapat memberi wang bulanan kepada ibu dan ayahnya. Walaupun bukan tanggungjawabnya, namun bagi Puan Ija, pemberian kepada ibu dan ayah adalah satu cara beliau menggembirakan hati mereka berdua.
Beliau juga terpanggil untuk membantu surirumah lain untuk meningkatkan potensi diri dan mencapai impian masing-masing.
Syukur pada Allah yang menunjukkan jalan, beliau akhirnya bertemu dengan peluang perniagaan dari rumah. Pada mulanya beliau risau, takut, tak yakin dengan diri sendiri serta malu nak berbisnes.
Namun, keinginan yang kuat untuk bantu ekonomi keluarga, untuk capai impian sendiri, untuk bebas hutang dan untuk ada kebebasa kewangan dan masa, membuatkan beliau tetap dengan pilihan itu.
Memulakan perniagaan dengan penuh cabaran, menurut Puan Ija, cabaran paling besar adalah dari diri sendiri.
Beliau membahagikan cabaran diri sendiri kepada 3 iaitu : mindset, hati dan sikap.
Cabaran mindset : Tiada latar belakang bisnes, lalu merasakan diri sendiri tidak pandai berbisnes.
Cabaran dari hati : Manja dan tidak cukup kental. Tidak tahan dengan penolakan.
Cabaran dari sikap kita sendiri : Masih bertangguh, malas dan sebagainya.
Oleh itu menurut Puan Ija, kerja berpasukan lebih baik, kerana kita akan sentiasa ada orang lain yang mengingatkan kita.
Mengambil inspirasi dari suaminya, seorang jurugambar profesional, dan juga mentor beliau dalam bisnes, Puan Ija berazam untuk terus membantu wanita lain keluar dari kemelut pemikiran dan kesusahan hidup. Beliau telah membantu ramai wanita dalam tim Jayzra mencapai pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka sebulan, termasuk ibu tunggal beranak kecil.
Menyentuh tentang perancangan kewangan, Puan Ija menasihatkan para surirumah agar menjaga kesihatan kewangan keluarga, dan bebaskan diri dari hutang piutang yang menjerat. Mempunyai pendapatan sendiri bukan lagi perkara asing bagi surirumah zaman ini yang mana isu kewangan menjadi topik utama masalah rumahtangga di negara kita.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan tips surirumah bergaji yang dibukukan oleh Puan Ija, sila hubungi beliau di talian 013-5150155

No comments:
Post a Comment