Puan Noradyani Abd Rahman

Puan Noradyani, yang lebih mesra dengan panggilan RV merupakan seorang guru dan dalam masa sama menjalankan bisnes online serta mengajar ibu2 seperti beliau untuk jana pendapatan dari rumah.
Berasal dari Kota Bharu, Kelantan, sekarang menetap di Rawang, Selangor




 Beliau memilih untuk berniaga walaupun sibuk dengan karier, pertama sekali kerana ingin menambah pendapatan isi rumah. Beliau mahu memberi hanya yang terbaik buat anak dan keluarga. Di samping itu, beliau juga mahu membantu  mereka yang kurang berkemampuan, terutamanya anak didik beliau sendiri. Selain itu, beliau komited untuk membantu wanita diluar sana yang mahu menjana pendapatan.

Cabaran beliau paling besar dalam perniagaan, ialah berperang dengan diri sendiri. Beliau harus pastikan saya istiqamah, kerana matlamat yang sangat besar. Jadi, segala cabaran beliau perlu hadapi dengan baik.

Menguruskan bisnes, kerjaya dan keluarga dalam satu masa, bukanlah perkara mudah. Namun, jika kita mempunyai tekad yang kuat, segala nya boleh dilakukan dengan baik dan sistematik. Jadi, di sinilah peri pentingnya pengurusan masa yang berkesan. Ini yang beliau amalkan, jaga masa dan manfaatkan sebaiknya.

Pencapaian terbesar beliau sepanjang berniaga sambilan ini ialah apabila dapat menggembirakan hati orang2 tersayang. Menghadiahkan trip percuma kepada ibu, menghadiahkan kereta kepada ayah memberikan anak-anak apa yang mereka mahu, serta membantu suami meringankan beban kewangan. Dalam masa sama, beliau gigih membantu ahli dalam tim yang beliau ketuai untuk menjana pendapatan seperti beliau juga.

 Sumber inspirasi untuk Puan RV terus berjaya adalah diri beliau sendiri. Beliau mahu sentiasa menjadi yang terbaik. Beliau mahu sentiasa memberikan yang terbaik.

Ujar beliau, siapa pun kita, siapa pun suami kita, siapa pun mak ayah kita, kita perlu menjaga kewangan kita dengan baik. Kita, tak boleh meramal apa yang bakal berlaku. Oleh itu, sediakan payung, sebelum hujan. Bukam sedar payung, lebih baik sediakan khemah sebelum hujan, agar orang lain juga boleh menumpang teduh

No comments:

Post a Comment