Setelah saya susun semuanya semula, saya tetapkan jadual kerja saya, rupa-rupanya bekerja dari rumah ni memberikan saya lebih banyak masa. Yang paling utama adalah masa untuk belajar benda-benda baru, dan masa untuk membaca buku-buku saya dengan lebih berkesan. Banyak hal yang tertangguh dapat saya buat, dan perbaiki apa yang saya sedang buat. Paling penting, saya ada masa untuk berfikir dan membuat refleksi.
Untuk tujuan itu, segala hal-hal di rumah yang boleh membawa kelekaan mesti dijauhi. Misalnya drama televisyen. Itulah perkara yang paling saya takuti, apabila terjebak dalam kancah drama bersiri. Saya pula suka menonton filem yang memberi motivasi. Tapi bayangkanlah, bila menontonnya di televisyen, akan keluar iklan-iklan drama dan filem lain yang buat kita rasa “Eh, nak tengoklah!”. Oleh itu saya melanggan perkhidmatan streaming yang membolehkan saya menonton pada masa yang saya tetapkan sahaja.
Dan satu lagi yang sangat penting dan sukar untuk dibuat adalah dengan meninggalkan kumpulan-kumpulan dan forum online yang tidak membantu dalam produktiviti. Kadang-kadang kita rasa cuma ‘nak baca sikit’ saja, tapi bila dah terjebak ke dalamnya, kita akan dapati masa kita terbuang begitu sahaja tanpa kita sedari.
No comments:
Post a Comment