Puan Zaleha, ibu kepada kepada 3 cahaya mata, merupakan wanita berkerjaya yang memilih untuk menjadi suri rumah dan menjalankan perniagaan dari rumah.
Permulaan beliau berniaga adalah kerana tak sanggup tinggalkan anak-anak kecil saya di bawah jagaan orang lain. Anak- anak sering tak sihat, cuti pula terhad. Pernah juga bila tak dapat cuti, beliau terpaksa bawa anak ke tempat kerja yang sangat tak kondusif untuk kanak-kanak. Oleh yang demikian, Puan Zaleha memutuskan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan.
Ditanya tentang cabaran semasa bermula, Puan Zaleha mengakui, ia agak rumit pada awalnya. Ini kerana beliau memulakan dari kosong, tanpa sebarang asas dan pengalaman berniaga. Alhamdulillah, walau terpaksa berbahagi komitmen antara keluarga, urusan rumah tangga, kelas silat, bisnes & diri sendiri, setiap satu urusan dapat juga beliau selesaikan tiap hari.
Beliau membuat to do list setiap hari, membuang TV dari rutin harian & lain-lain perkara yang berpotensi melalaikan. Beliau juga membanyakkan membeli masa dengan baca Al Quran & zikir-zikir harian.
Pengorbanan yang dilakukan sangat berbaloi apabila beliau berjaya mengembara ke luar negara (Jepun) 100% perbelanjaan dibiaya dari hasil berniaga dari rumah. Pendapatan bersih bulanan beliau kini jauh lebih besar dari zaman kerja makan gaji dulu.
Antara tokoh yang menjadi inspirasi beliau adalah Saidatina Khadijah RA, usahawan wanita tersohor serta ibu beliau sendiri. Ibu Puan Zaleha adalah seorang suri rumah yang berniaga makanan secara sambilan, berjaya membesarkan mereka 6 beradik bersekolah hingga ke peringkat universiti. Seorang isteri yang sentiasa ada di samping ayah beliau seorang anggota polis.
Puan Zaleha berpendapat, ebagai suri rumah zaman milenium, penting untuk kita bijak menguruskan ekonomi rumah tangga. Berjimat cermat & bijak menyimpan untuk masa depan. Walaupun mungkin sekarang dah selesa sebab gaji suami besar, Plan B kena selalu ada sebab perbelanjaan akan semakin meningkat dari tahun ke tahun.
Tidak mahu bergantung pada bantuan orang untuk pendidikan anak-anak, Puan Zaleha menjelaskan beliau sendiri usahakan menabung untuk pendidikan anak-anak sehingga ke universiti kelak.

No comments:
Post a Comment